Sunday, December 30, 2012

journeyy :)

*Begin with the name of Allah~*


 Perjalanan hari ini  : bangunn . solat , mohon doa dekat Allah , lepastu nampak katil baring kejap . lepastuu tarik  selimutt , tengok phonee. takde pape.. tido balik. haha. butt theeennnnn, nak diceritakann aku mimpi mase aku tido balikk. sebenarnyaa, lepas subuh tak elok tido balik, tapi aku rase ramai je yang buat macam tu termasuk aku. hahaha. gilerr kauu. mengantukk kann. tido jee lahh. tapi jangan amalkan kalau bolehh. mama selalu bisingg tido lepas subuh tak elok, nanti rezeki tak masuk . itu lahh ayat mama yang aku tak pernah lupa. kalau dekat rumahh, abah yang selalu gerak aku bangun subuh. hihihi. sebenarnyaa. aku rinduu dekat merekaa. ohh maii T.T . hanya doa yang mampu ku panjatkann. ecehhhwahhhh ! hahaha XD
ohhh. haaa. sekarang kann tengah study week. berstudy jelahh kata kauu. haha. * ecehh. macam ape dahh..macam macam perasaan ade. tak tipuuu weyh. seriussly. macam ape dah aku rase. TAKOT, CUAK , RISAU, GELISAHH. perghhh. completeeee weyhh ! haha. ANYWAY, nak ucapkan gudluck kepada kawan kawan aku semuaa :)  kepada wargaa A1T3 kolej matrikulasi perlis. GOODLUCK KORANG . iloveyou. ecehhh. HAHA






                * ehhh ehhhh. tau aku kat mane. haha . dah nampak diam diamm je. HAHA  :)


Alahaii. kenangan mase matrik sangat lahh best korang semua. tak tipuu. time tu lah aku rase saat kegemilangan akuu. tapi kalau nak dibandingkan dekat sini. ohh. tidak . jauhhh bezaa weyhh. jauhh sangatt. T.T

aku kene mencari alternatif lain untuk mewujudkan saat itu balik. hahah. ecehhh. ayattt... tapi kene lah ade usaha. aku selalu pegang kata kata ni :)
 man jadda wajada (من جدّ وجد) 
TRANSLATE : "SIAPA YANG BERUSAHA PASTI AKAN BERJAYA "



makanyaa. kena lahh berusaha :) ^^ haha. jangan asyik nak tido je.. terutamanya aku. . haha. oppsss >.<

tidak dilupaakan kepada roomte kesayangan aku mase dekat matrik. ohh maii. sangat rindu. aku dulu kalau mase study weekk, bapak arhh, pukul 2 3 pagi kot maen badminton. at lastt. kesemuaa raket yang kitorang ade rosaak. nampak tak betapa excitednyaa bermain . haha.. shuttle tak yah cakap lah. asyik pegi cmart , semata mata nak beli shuttle. kelakar weyh ! haha. ibu penah hadiahkan aku botol susu sempena birthday aku. kalau ibu nak tau, hadiah tu i buat tabunggg. tapi bilee duit syiling banyak je, i pegi kebas beli aiskrim dekat speedmart depan rumahh. HAHA. :) zati. : seorang peneman aku mase susah mahupunn senang. sekarang tengah menuntut di UNISZA. haha. * macam nak promote zati je * haha. dier sangat bestt. sangatt bestt ! ahhhh ! payah nak jumpe kawan macam kauu ! eh eehhhh. kau jangan nak perasan pulakk. haha. 
ade lagi sorangg. ADDA. : adda nih mek kelatee. aku selalu belajar cakap kelantan dengan dier tapi kalau borak borak dengan aku slengg dierr takdee yang kelantan tuhh. poyo poyo nak jadi orang KEEY EELL. haaha, lawak arr adda, haha. goodluckk examm! ^^

penat aku describe pasal korang semuaa. haha. sekarang aku nak cerita pasal member baik aku dekat sini. 
YUNIS , NIZA ,UNUL dan MJ. hihi. untuk pengetahuan , yuniss je KMNS ( kitorang panggil matrik nenas ! ) hahaha. kesiannn kesiann. yang laen semua budak KMP ( kmp ? alaahhh. kmp yang hebat tu ) * ayat nizaa . haha. tapi aku ade yang lagi rapat. Yunis n Niza. kalau diorang takdee, memang mati kutu aku weyhh dekat UKM ni. diorang lah yang selalu buatt aku gelakkk sampai nangiss. ehh ehh.penah nangis ke ? haah. penahhh rasenyaaa. terbahak bahak gilerr gelak. 


           * ni mereka. haha. mereka sporting. hebat. pandai . memahami , dan best giler , iloveyouu ^^


okay lahhh. celoteh aku takat sini je. kalau rajin aku update lagi, * itu pun kalau rajin * k lahh :) byee byee semuaaa. 




salamm rinduu,

nurshahidaabdulhamid  :) 

Saturday, December 15, 2012

CERITA HATI SAYA ^__^

ASSALAMUALAIKUM :D



Alhamdulillah , masih terus bernafas. HAMDALAH HAMDALAH :) . eh ehh. nak cerita sikit. mungkin nak buat luahan perasaan. :) haha. ahh, suke hati aku lah aku nak luah perasaan ke tak. blog aku. ade aku kesah ? haha. okay okay. let's be serious shahida :) hihi.


FIRST of ALL,
aku nak mintak maaf sangat dekat kawan kawan aku semua. especially dekat team drama aku :( seriuss aku mintak maaf. mungkin aku tak dapat nak jadi director yang bagus untuk korang. korang memang hebat bagi aku especially dalam bahagian probs. THANK YOU very very much weyh :) korang dah berjaya buat probs tuh. alhamduliilahh :) nak diceritakan, aku tak datang latihan semalam. aku serba salah sangat. hmmm. aku tertido sebenarnya, aku bangun bangun je dah pukul maghrib. tetibe hati aku tak sedap.then aku baru teringat yang aku ade latihan dramaa. OHHH MAAAIII. seriusssly aku TERLUPA ! yaa Allah :( .. hmm. mesti korang marah aku kann ? kann ? memang patut pun korang marah aku. hmmm. tak sepatutnya aku terlupe dan mungkin aku tak dapat nak jalankan tanggungjawab aku sebagai director tuh :(  really appreciates what my friends have done their workk. * okay, bi aku kelaut sekejap * haha.. maaf ye korang semuaa :( sincerely from me :(



SECOND thing,
dengan result midterm aku yang sangat teruk , aku rase down sangat. aku tak nak jumpe orang sekeliling aku . seriusly , . aku sedih sangat . kenape aku tak boleh buat kat sini ? ohh , mungkin aku perlukan banyak usaha lagi kot. dan keadaan dekat matrik dengan keaadan dekat universiti ni lain sangat. aku macam terkapai-kapai je dekat sini. hmmm. 


THIRD thing.
aku kene fikir positif, mungkin dulu saat aku gah dengan kejayaan aku. tapi hidup kite kan macam roda,sekejap dekat atas kejap dekat bawah. :) so, shahida .please think positively ! please ! hmm . my priority is STUDY. so, kene buktikan. nak hadiahkan mama dengan abah anugerah dekan.hmm. akan ku buktikann. 



MANJADDA WAJJADA WAN ZARA'A HASODA :D 

 "AKU BELAJAR LILLAHHITAA'LA " 

SINCERELY : queenofheart23.blogspot.com

Friday, December 14, 2012

BESTFRIEND TILL JANNAH ^___^


Tangan mencapai telefon bimbit di atas meja. Tangan dilarikan di skrin. Unlock.
new message.
Open. Mata dilarikan membaca isi kandungan pesanan tersebut. Nafas ditarik. Perlahan. Exit.
Air mata jatuh, setitis. Sepertinya hati juga sedang menangis.
Sahabatku, aku juga rindu kamu. Bahkan tersangat rindu. Andai sahaja kau tahu betapa aku rindu waktu kita dahulu. Andai sahaja kau tahu ada sahamnya kamu dalam setiap tadahan tanganku. Andai sahaja dapat aku memberitahumu.
Kau kata, kau malu. Malu dengan diriku waktu ini. Malu dengan penampilanku serupa ini. Malu dengan sifatku sekarang ini. Aku sudah berubah. Malah sudah jauh berubah. Sedangkan kau masih di tempat yang sama setelah sekian lama.
Sahabatku, aku pinta. Jangan malu denganku. Malulah kamu dengan Tuhanku. Kerana aku juga sepertimu. Seorang insan biasa, seorang hamba kepada Tuhannya. Aku ini tiada istimewanya. Aku hina. Banyak dosanya. Tidak terhitung jika mahu dikira setiap satunya.
Aku punya pilihan. Aku pilih jalan ini. Aku pasti. Tidak akan pernah berpatah kembali.
Tahu, kau juga punya pilihan. Pilihan untuk mengubah hidupmu. Kau juga boleh berubah. Seperti aku, seperti dia, seperti yang lainnya. Tiada apa yang mustahil. Cuma yang menentukan perubahan apa yang kau pilih. Jalan apa yang kau pilih untuk ikuti.
Kalau benar kau mahu berubah. Pasti akan ada pintu yang Tuhan buka untuk membantu. Pintu-pintu yang kau sendiri tidak sangka akan bertemu dari tempat yang tidak pernah kau tahu. Aku juga pasti, Tuhan akan menghantar orang-orang yang baik untuk bersamamu. Dalam apa jua keadaan, mereka tetap akan teguh bersamamu. Menghulurkan tangan membantu, mengangkat apabila tersungkur, menyedarkan dari kealpaan indah dunia itu. Mereka yang akan bersamamu. Bersusah payah mempimpinmu untuk berubah.
                                                 ps : aku sayang korang berdua :) haha. >.<
Sahabat, andai sahaja kau tahu indahnya hidup ketika diri sujud menghadap Ilahi. Andai sahaja kau tahu indahnya perasaan ketika ditemani dengan redha dan syukurmu terhadap Ilahi. Andai sahaja kau tahu keindahan sebenar dunia apabila sentiasa ditemani bayangan mati.
Aku pasti.
Bahawa kau tidak akan berlengah lagi. Kau tidak akan berkata sekejap lagi. Kau tidak akan tunggu tibanya nanti.
Aku pasti.
Kau akan bersujud tika ini. Kau akan memohon ampun saat ini. Kau akan redha atas ketentuan hidup yang diberi. Kau tidak akan pernah berniat untuk kembali kepada kehidupan indah lampau yang hanya berdasarkan duniawi.
Itu, aku pasti. Malah tersangat pasti.
Andai sahaja dapat aku terangkan perasaanku ketika ini. Andai sahaja dapat aku berkongsi sedikit rasa hati. Andai sahaja dapat aku beri rasa indah ini. Pasti sudah aku beri. Pasti sudah aku kongsi.
Aku mahu kau rasa perasaan itu. Perasaan indah mencintai Ilahi. Perasaan indah yang langsung tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Perasaan yang langsung tiada tolok bandingnya.
Andai sahaja dapat aku kongsi.
Sahabat, aku mahu kau tahu. Kau sentiasa ada dalam doaku. Aku mahu kau tahu. Yang aku sentiasa mendoakanmu untuk menemukan jalan terindah dalam hidupmu. Aku mahu kau tahu, aku mahu jadi temanmu. Selamanya. Hingga ke syurga.

SEIKHLAS CINTA ALI :)


Berita itu sampai kepada Ali.
Berita tentang gadis yang sungguh mempesonakannya, baik kesantunannya, ibadahnya, parasnya.
Gadis yang sungguh mengagumkan!
Khabar itu sangat mengejutkan. Puteri kesayangan sepupunya itu dilamar oleh sahabat yang paling akrab dengan Rasulullah. Lelaki yang berjuang dengan seluruh harta dan jiwanya. Lelaki yang menginfakkan seluruh hartanya pada perang badar. Lelaki yang pada hari pertamanya sebagai seorang muslim sahaja sudah berjaya menarik 6 orang untuk bersyahadah! Adakah iman dan akhlaqnya diragui? Tentu tidak!
Dari sisi ekonomi, Abu Bakar seorang saudagar, insyaAllah lebih layak membahagiakan Fatimah. Ali hanyalah pemuda miskin daripada keluarga miskin.
"Inilah persaudaraan dan cinta," gumam Ali. "Aku mengutamakan Abu Bakar atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fatimah atas cintaku."
*****
Namun takdir Allah terus mengatasi segalanya. Lamaran Abu Bakar ditolak dan Ali terus menjaga semangatnya untuk mempersiapkan diri.
Tetapi ujian itu itu rupanya belum berakhir. Datang pula seorang sahabat melamar Fatimah selepas Abu Bakar. Lelaki yang gagah dan perkasa, yang mendapat hidayah selepas didoakan oleh Rasulullah.  Al-Farouq, Umar Ibn Al-Khattab.
Umar adalah lelaki yang berani. Pembela yang gagah. Beliau pasti menjaga Fatimah dengan baik. Umar lebih bersedia daripadanya. Jika dinilai dari semua segi dalam pandangan orang ramai, Ali hanyalah pemuda yang belum bersedia untuk menikah. Umar jauh lebih layak daripadanya. Maka Ali redha.
*****
Walaubagaimanapun, Allah masih punya rancangan lain. Umar juga ditolak. Ali bingung. Menantu seperti apakah yang diinginkan Rasulullah? Apakah yang kaya juga, seperti Uthman? Ali sungguh berbeza dengannya.
"Mengapa bukan engkau yang mencuba, kawan?" kalimat teman-teman ansharnya itu membangunkan lamunan. "Mengapa engkau tidak mencuba melamar Fatimah? Aku punya firasat, engkaulah yang ditunggu-tunggu baginda Nabi SAW.
"Aku?" tanyanya, tidak yakin.
"Ya, engkau wahai saudaraku!"
"Aku hanya pemuda miskin. Apa yang bisa kuandalkan?"
"Kami di belakangmu, kawan! Semoga Allah menolongmu!"
Ali pun menghadap Rasulullah SAW, menyampaikan hajatnya untuk menikahi Fatimah. Ya, menikahi. Meskipun beliau sedia maklum, secara ekonominya sangat tidak menjanjikan apa-apa pada dirinya. Di rumahnya, hanya ada satu set baju besi serta persediaan tepung kasar untuk makanannya.
Namun untuk meminta waktu dua atau tiga tahun untuk bersedia? Itu memalukan! Meminta Fatimah menantinya sehingga dia bersedia? Itu sangat keanak-anakan!
Namun Ali bersedia bertanggungjawab atas rasa cintanya. Beliau yakin, Allah Maha Kaya.
"Ahlan Wasahlan!" jawab Rasulullah beserta senyuman.
Ali bingung.
Apakah maksudnya? Ucapan selamat dating sukar ditafsirkan sebagai satu penerimaan atau penolakan.
*****
"Bagaimana jawapan Nabi, kawan? Bagaimana lamaranmu?"
"Entahlah..."
"Apa maksudmu?"
"Menurut kalian, apakah 'Ahlan Wasahlan' bermaksud sebuah jawapan?"
"Satu sahaja sudah mencukupi dan kau mendapat dua!" Ahlan sahaja sudah bererti ya. Sahlan juga. Dan kau mendapatkan 'Ahlan Wasahlan'. Dua-duanya bererti ya!"
*****
Maka dalam usia 18 tahun, Ali menikahi Fatimah. Dengan menggadaikan baju besi. Dengan rumah yang semula ingin disumbangkan oleh kawan-kawannya, tapi Rasulullah berkeras agar ia membayar cicilannya. Itu hutang. Dengan keberanian untuk mengorbankan cintanya bagi Abu Bakar, Umar, dan Fatimah. Dengan keberanian untuk menikah. Waktu itu juga. Bukan janji-janji, bukan nanti-nanti.
*****
Ali adalah gentlemen sejati. Tidak hairanlah pemuda arab memiliki jeritan, "La Fatan Illa Alliyan!" Tiada pemuda selain Ali!
Adakah Ali pergi menemui Fatimah kemudian menyatakan, "Aku cinta padamu, Bolehkah kamu menungguku?" tidak! Beliau berjumpa walinya, menyatakan perasaannya, kemahuannnya, kesanggupannya.
Itulah gentlemen sejati. Lelaki yang walaupun mungkin menurut orang ramai masih belum siap untuk menikah, tidak pergi mencabul hak walinya dengan ber'couple', bahkan tidak pula memintanya menunggu. Kerana dia tahu, Fatimah milik Allah, bukan milik dirinya.
Ali tetap berusaha mematuhi syariat walau risikonya tinggi. Dia percaya. Malah lebih lagi. Dia yakin. Yakin bahawa Allah maha berkuasa atas segala sesuatu.
*****

Lelaki yang layak dijadikan suami
Lelaki idaman setiap wanita solehah.
Lelaki yang akan membawa keluarganya ke syurga yang kekal abadi.
Lelaki yang cintanya, sampai ke syurga.

Jadilah gentlemen sejati.
Mencintailah seperti gentlemen sejati.
Mencintailah seikhlas Ali!
Itulah gentlemen sejati

BARU NAK ACTIVE BALIK :)

nampaknyaa memangg sudah bersawang-sawang blog aku nih. haha. okay okay. ini blog unformal. so, nak merepek ape kat sini semua boleh. hahah.

sekarang ini aku nak merepek ape yee. haaaaaaaaaaa..

macam nak edit blog bagi nampak cantik. weeee :D. haha. sekarang ni taknak banyak membebel . nanti kite jumpe lagi kite bebel bebel kat sini okay :D



OKAY . INI AKU . HAHA. TU JE . BYE :p
Copyright:Segala Yang Tercatat adalah Hak Milik Queen Of Heart ^^