Sunday, July 28, 2013

Amanah :)

Assalamualaikumm .

Hari ini hari ahad . Alhamdulillah ramadhan yang ke 19 sudah. Pejam celik pejam celik masa cepat berlalu. Sahur pukul 5.25 am hanyaa minum ayaqq putih dan makan biskut oreo. Heee. Fajr prayer, done. Alhamdulillah . :) Lepas solat, aku boleh dok terpacak dekat  depan laptop, update sikit diari untuk hari ni sambil tetengok timeline twidder. Scroll punyeee scrolll, aku tetibe terpikir nak bace kisah pasal Mona Fendy tu. Ini semua pengaruh Maliza aaaa ( Budak Law) . Haha. Last sekali aku yang terpengaruh nak bace. Serammmm kot seraamm. Haha . Niat nak sambung tido, tapi lepas bacee kes tu aku rase macam tak dapat tido je. Haha .Sedang berada di kolejj. Tak tau pasaipa malaih nak balik rumah this week. Hahah. Selang beberapa hari lagi result sem 2 akan keluar. Bitaufiq wannajah. InshaAllah , ( padahal dalam hati macam macam perasaaan ade ).

Terlintas secara tetibe nak bercerita mengenai Amanah . Simple word but a lot of meaning . Berfikir sejenak.. Amanah itu adalah satu tanggungjawab yang diterima seseorang kepadanya dengan diberikan kepercayaan bahawa seseorang yang diberikan kepercayaan dapat melaksanakan sesuatu perkara sebagaimana yang di tuntut tanpa mengabaikannya. Amanah juga adalah satu tuntutan iman. Sabda Rasulullah saw :

 "Tiada iman pada orang yang tidak menunaikan amanah; dan tiada agama pada orang yang tidak menunaikan janj." (Ahmad dan Ibnu Hibban)

Nak dijadikan ceritaa, pasaipaa chek citee pasal Amanah ini, baru baru ni, chek dilantik jadi seorang eksekutif. ( eksekutif sangat dan takdelah baru mane). Kiraa nyaa aku ni terlibat dalam organisasi yang baru aaa. Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Aminuddin Baki. Haaaa . Gituuu. Hahaha. dan aku memegang tampuk pemerintahan bagi Hal Pembangunan Siswi yang dulunya diterajui olehh Kak Intan Syafikaz. Hee. 

Aku sedar bila kita dah dilantik amanah ituu dipindahkan kepada kita. Bukan senang nak pikul .. nampak mudah tapi besar tanggungjawabnya. Aku ingat pesan Mama : Kalau kita dah pegang sesuatu amanah, laksanakanlah dengan sebaiknyaa. Thats the way macam mane mama nak nasihatkan anak diaa. Dan sifat lawan bagi Amanah adalah Khianat. 

" Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah bersabda : Tanda-tanda orang munafik ada tiga perkara, iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia mungkiri dan apabila diberi amanah dia mengkhianati" (Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi, Nasaie dan Ahmad Ibnu Hambal ).

" Tiga perkara yang jika terdapat salah satu daripadanya, bererti terdapat tanda munafiq sekalipun ia berpuasa, bersembahyang, menunaikan haji, umrah dan mengakui dirinya seorang Islam iaitu apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia memungkirinya dan apabila diamanahkan ia mengkhianatinya" (Riwayat Abu al- Syeikh)

Tazkirah : Amanah adalah satu tanggungjawab yang harus kita laksanakan tanpa melakukan sesuatu pengabaian. Amanah kita kepada Allah, Rasul, Ibu bapa, Guru, Kawan- Kawan dan orang yang berada disekeliling kita. Jangan sampai kita dilabel sebagai pengkhianat apabila diberi amanah, kita cuaikan , kita lewatkan. 

Semoga aku dapat melaksanakan amanah yang diberikan dan terima kasih atas segala kepercayaan yang telah diberikan kepada aku. Walaupun berat, tapi itu satu cabaran buat diri aku. Mohon sokongan dari semua pihak. Heee. Itu sajaa entry kali ini. Wallahualam :)




Copyright:Segala Yang Tercatat adalah Hak Milik Queen Of Heart ^^