Sunday, July 28, 2013

Amanah :)

Assalamualaikumm .

Hari ini hari ahad . Alhamdulillah ramadhan yang ke 19 sudah. Pejam celik pejam celik masa cepat berlalu. Sahur pukul 5.25 am hanyaa minum ayaqq putih dan makan biskut oreo. Heee. Fajr prayer, done. Alhamdulillah . :) Lepas solat, aku boleh dok terpacak dekat  depan laptop, update sikit diari untuk hari ni sambil tetengok timeline twidder. Scroll punyeee scrolll, aku tetibe terpikir nak bace kisah pasal Mona Fendy tu. Ini semua pengaruh Maliza aaaa ( Budak Law) . Haha. Last sekali aku yang terpengaruh nak bace. Serammmm kot seraamm. Haha . Niat nak sambung tido, tapi lepas bacee kes tu aku rase macam tak dapat tido je. Haha .Sedang berada di kolejj. Tak tau pasaipa malaih nak balik rumah this week. Hahah. Selang beberapa hari lagi result sem 2 akan keluar. Bitaufiq wannajah. InshaAllah , ( padahal dalam hati macam macam perasaaan ade ).

Terlintas secara tetibe nak bercerita mengenai Amanah . Simple word but a lot of meaning . Berfikir sejenak.. Amanah itu adalah satu tanggungjawab yang diterima seseorang kepadanya dengan diberikan kepercayaan bahawa seseorang yang diberikan kepercayaan dapat melaksanakan sesuatu perkara sebagaimana yang di tuntut tanpa mengabaikannya. Amanah juga adalah satu tuntutan iman. Sabda Rasulullah saw :

 "Tiada iman pada orang yang tidak menunaikan amanah; dan tiada agama pada orang yang tidak menunaikan janj." (Ahmad dan Ibnu Hibban)

Nak dijadikan ceritaa, pasaipaa chek citee pasal Amanah ini, baru baru ni, chek dilantik jadi seorang eksekutif. ( eksekutif sangat dan takdelah baru mane). Kiraa nyaa aku ni terlibat dalam organisasi yang baru aaa. Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Aminuddin Baki. Haaaa . Gituuu. Hahaha. dan aku memegang tampuk pemerintahan bagi Hal Pembangunan Siswi yang dulunya diterajui olehh Kak Intan Syafikaz. Hee. 

Aku sedar bila kita dah dilantik amanah ituu dipindahkan kepada kita. Bukan senang nak pikul .. nampak mudah tapi besar tanggungjawabnya. Aku ingat pesan Mama : Kalau kita dah pegang sesuatu amanah, laksanakanlah dengan sebaiknyaa. Thats the way macam mane mama nak nasihatkan anak diaa. Dan sifat lawan bagi Amanah adalah Khianat. 

" Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah bersabda : Tanda-tanda orang munafik ada tiga perkara, iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia mungkiri dan apabila diberi amanah dia mengkhianati" (Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi, Nasaie dan Ahmad Ibnu Hambal ).

" Tiga perkara yang jika terdapat salah satu daripadanya, bererti terdapat tanda munafiq sekalipun ia berpuasa, bersembahyang, menunaikan haji, umrah dan mengakui dirinya seorang Islam iaitu apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia memungkirinya dan apabila diamanahkan ia mengkhianatinya" (Riwayat Abu al- Syeikh)

Tazkirah : Amanah adalah satu tanggungjawab yang harus kita laksanakan tanpa melakukan sesuatu pengabaian. Amanah kita kepada Allah, Rasul, Ibu bapa, Guru, Kawan- Kawan dan orang yang berada disekeliling kita. Jangan sampai kita dilabel sebagai pengkhianat apabila diberi amanah, kita cuaikan , kita lewatkan. 

Semoga aku dapat melaksanakan amanah yang diberikan dan terima kasih atas segala kepercayaan yang telah diberikan kepada aku. Walaupun berat, tapi itu satu cabaran buat diri aku. Mohon sokongan dari semua pihak. Heee. Itu sajaa entry kali ini. Wallahualam :)




Wednesday, June 5, 2013

Seketika..

Assalamulaikum :')

Hyeee kepada yang membaca entry kali ni. Eheem eheemm. Sememangnya dah lama nak update tapi aku selalu je fikir pasal ape jee entah aku nak update. Actually banyak jee. Tapi tak kan lahhh semua nak cerita kann. Haha. Thats it . Hee

Sekarang tengah hujan dekat UKM ni , mungkin tempat lain hujan jugak kot. Ohhh lupe nak cakap, sekarang ni tengah  study week . Pejam celik pejam celik dah nak habis sem 2 dan tahun 1. Fuyooo.. Kiree aku dah besar lahh ni kann. Ehh ehh. Hello - 20 baru . Haha. 20 tu punn dah tua dah sebenarnyaa. Mungkin disebabkann aku stress tengok statistic tuu haa sampai terasa nak update blog. Hahah. Kaitan ? abaikann. -.-

Hmmm nak cerita boleh tak ? Dulu aku selalu terfikir yang "menangis " ni tanda diri ni lemah. Sampaikan roomate aku sendiri cakap aku kuat nangis. Haa gituu. Acaneee entah. Yes. Aku mengaku yang aku sukaa nangis. Kadang kadang takde sebab pun kalau aku terasa nak nangis akuu nangiss je dalam senyap. Pasang lagu sesedih duduk sesorang dalam bilik , konon konon feeling lah kan last sekali nangis. Coiii. nasib baik takde sapee dalam bilik. Haha. Dan dan, sebenarnya ada hikmah di sebalik tangisan aku yang baru baru ni. Hee. Hmmm. Baru aku sedar nikmat air mata dan kesedihan yang aku alami ini mendekatkan diri aku pada yang lebih layak iaitu Allah SWT. Hee.

Alhamdulillah , aku merasai cinta dan kasih sayang Allah , lebih berharga dan manis daripada segala-galanyaa." Kehilangan " itu rupanya aku lalui supaya aku merasai satu 'pertemuan ' yang hakiki iaitu dengan Allah. Allah mahu menguji hambanya kerana Allah mahu dekat dengan hambanya . :')

Seandainya kesedihan yang teramat sangat ini membuatkan aku rindu untuk bertemu denganNya, aku redha dan pasrah kerana Allah lebih aku cintai daripada segala yang ada di langit dan di bumi. Allahuakbar :')

Aku jugak yakin semua ini pasti akan berakhir kerana aku yakin yang 'dia' sedang menungguku dan pasti menjemputku pada suatu saat nanti. 

Sedikit tazkirah dari aku. : * Jangan main mainn , aku pandai bagi tazkirah okay * Hahahha :P ( Gurau -gurau ). Haha

 - Cinta yang ada di dalam hati adalah anugerah daripada Allah SWT. Allah menguji hambanya kerana sayang kepada hambanya. Allah mahu cinta yang dianugerahkan ini dijaga dan dikawal dengan sebaiknya . Bukannya untuk dirosakkan dengan hawa nafsu dan menodainya dengan larangan -larangannya. Aku yakin dengan Allah SWT. Moga permudahkan segala urusan . Cinta yang ikhlas dan abadi memang sukar untuk dimiliki kerana ia hanya untuk orang yang bersabar dan berserah diri kepada Allah. :") 

Sehingga bertemu kembali.- Salam study week. Belajar rajin rajin. Bitaufiq wannajah . Sesungguhnya Allah sentiasa bersama kamu :')

Haaa. To Mama and Abah : Thank youu datangg tengok ida sampai bawakk makanan yang ida suka. Love you Mom and Dad ! :") ♡ 






                                    ^__________________________________________^

Thursday, May 16, 2013

Makin dewasa Makin jelas dunia :)

Assalamualaikum warrahmatullah hiwabarakatu :)

Setelah sekian lama jari ini tidak menari-nari dengan rancaknya di atas papan kekunci,akhirnya hari ni, ada peluang, ada idea, dan ada keinginan nak membebel secara direct dari hati, bukan copy2.

MAKIN DEWASA, MAKIN JELAS DUNIA.

Aku  rasa statement ini sangat kenalah dengan aku dan kwn2 yg masih baru2 lagi menjejak alam universiti ini.Masih baru ke ? Hahaha. Abaikan. Hihi . KENAPA ?

Masa kita baby, kita tiada sebarang persepsi terhadap dunia, bila di usia kanak2kita hanya lihat pada yg gembira, dan sedih hanya bila sakit atau mak ayah pergi jalan tak ajak.Meningkat remaja, kita nampak matlamat hidup, kita rasa nikmat beragama, kita tahu makna kawan dengan hati, dan kita belajar kerana kita mahu.

Dan kini, bila dah masuk universiti, kita dapat lihat dengan jelas, pelbagai jenis manusia, keadaan dunia, tugas kita dalam masyarakat dan sebagainya. Nampak tak macam mana peta hidup kita makin luas sebab kita sedar tanggungjawab kita bertambah.


Tapi kenapa tanggungjawab kita bertambah adalah persoalannya ?
Namun jawapannya sangat mudah, tanggungjawab bertambah kerana kemampuan kita untuk memikul tanggungjawab tersebut juga bertambah.Bukan saja kita meningkat umur tapi kita juga bertambah kematangan.

Inilah lumrah hidup, ulasan lebih personal dari aku a.ka shida is, bila aku masuk unibesity ni kan,
aku  rasa macam banyak aku tahu dan bertambah2 persepsi aku. Aku makin sedar yang kita tak boleh judge org mcm mana cara pun sebab memang semua mesti kelebihan masing2 di mata Allah, inshaAllah.Pastunya,makin banyak tanggungjawab sebagai muslimah yg aku sedarlah kat sini. Bukannya tak tahu selama ni,cumanya kat sini banyak sumber nak tahu, memang ada yg cuba memberitahu, so so semestinya kita tahu.Next, aku nampak jugaklah pentingnya kawan kat sini, u cannot do things alone easily lah especially dalam belajar.We need help.Lagi satu aku belajar jadi tabah, aku sgt3 hyper rindu mak dan abah walaupun aku selalu balik. Ahaks ! Haha.Penyedap hati aku, belajar untuk banggakan mama and abah lillahita'ala.

Agaknya kalau panjang umur, apa pulak kita punya view pasal dunia ?

Itu sahajaa. Bye byeee u'ollss. Heee. Nanti jumpe lagi. Wallahualam. Haha :)

Thursday, March 21, 2013

I'm so sorry


Bismillahhirahmanirrahim. 
Assalamualaikummm .

Untuk semuaa. Mintak maaf di atas segala kesalahan yang telah aku buat. I'm so sorry.

If my time would end today would I be ready to go?And leave all the things I've worked so hard for
And all my friends and everyone I've known?
Never did I ever stop for a moment to think
Of what's staring at me
I've been breaking all the mirrors of reality
I'm so sorry, if only I had just one last chance
I'm so sorry, but now it's too late to change the past
I lived my life in the fast lane, I only lived for today
And never, never really thought about anyone else
It was all about me, myself and I
Never did I ever stop for a moment to think
Of what's staring at me
I've been breaking all the mirrors of reality.
And now, now that it's over
I wonder if anyone will remember me
If I had the chance to turn back the hands of time
There are so many things that I would change
I'd live my life, every single breath for you.

Copyright:Segala Yang Tercatat adalah Hak Milik Queen Of Heart ^^